Tuesday, March 23, 2010

MELAYU........

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.



Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak



Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu



Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara



Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali



Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak



Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing



Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut



Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:



“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”



Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang
Al-Fatihah

Wednesday, February 3, 2010

salam kembali....

ermmm lama jugak tak update blog nie... sibuk sikit macam2 pekara nak kena buat... antara pekara yg telah berlaku sebelum nie... saya pergi bermain catur bistari terbuka peringkat kebangsaan di persada johor... tapi malangnya kalah... hadiah yg diorang menang agak mewah jugak antaranya... mata individu tertinggi dapat sebuah kereta proton persona... ermmm orang jew la yg dapat.... aku jugak yg melepas lagi... takde rezeki agaknya... cuba lagi tahun depan hi3.... harap2 tahun nie dapat la kat aku ha3..mungkin selalu dapat update blog nie disebab kelas boleh dikatan semua disebelah petang jadi dapat rehat panjang sikit dan dapat la wat coretan hidup aku dalam nie ha3...

Monday, December 7, 2009

tengok yang mana satu lebih pandai.....

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar.
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.
Budin: Panggil dia jap! herdik Budin dengan nada yang tinggi.
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.

p/s kena la pikir betul2 sebelum bertindak....

Thursday, November 19, 2009

minum kopi.....

salam....

disebuah kampung terdapat seoorang tua yang miskin yang ingin minum kopi disebuah kedai makan yang dimiliki oleh seorang gadis yang cantik lagi rupawan. simiskin tadi melihat menu yang ada dikedai pada hari ini. setelah beberapa seketika simiskin memandang pada menu minuman yang tertera harga kopi. didalam kocek simiskin itu hanya terdapat 70 sen sahaja. manakala bagi secawan kopi panas adalah 70 sen dan bagi secawan kopi sejuk adalah rm1.20. dengan itu simiskin hanya mampu minum kopi panas sahaja. lalu simiskin mengankat tangan tanda mahu diambil pesanannya.simiskin berkata" bagi saya kopi panas satu cepat sikit ya" lalu sipemilik kedai pun menganguk-ngangukkan kepalanya tanda paham, dan menanyakan sama ada mahau makan atau tidak dan simiskin menggelang-gelengkan kepalanya menanda kan tidak. sejurus kemudia sampai la kopi atau pesannan simiskin itu. sesampainya kopi panas tu simiskin terus sahaja meneguk kopi tersebut sehingga habis dan lidahnya melepur dan merenggek-renget kesakitan. melihat gelagat itu wanita cantik yang terkejut itu lalu terus menyanyakan kepada simiskin kenapa berbuat sedemikian. lalu dengan nada yang tegas simiskin berkata" GILA KAU NAK TUNGGU KOPI Tu SEJUK KANG MAMPUS AKU KENA BAYAR RM1.20AKU ADA 70 SEN JEW!!!!!!!!" kata simiskin lalu wanita itu menggeleng-geeangkan kepalanya.

p/s ermmm tu la pandai sangat

perjalanan balik ke rentam....

salam...
semasa koi(saya) balik ke kampung baru-baru nie perjalanan dari kelana jaya ke pahang hujan renyai sampai la ke langchang tapi sebenarnya koi bukan la nak cerita pasal perjalan koi tu, tapi kat sini koi nak cerita pasal lori yang dalam perjalan sama nak menghala ke termeloh ikot jalan lama dari karak. dalam hujan yang renyai2 tu koi cuba la nak potong lari tu, tapi lori tu macam tak bagi je koi nak potong koi pulas habis terutal moto koi tu.tapi tak dapat jugak nak potong tak pe la koi biorkan lagi. lama sikit ko cuba potong lagi tapi lori tu memang tak bagi jugak nak potong. ntah macam mana koi potong jugak. lepas dari tu lori tu terus angkat lampu tinggi erm mmg silau la mato koi nie tapi main nagn waktu tu koi bawak la selaju mungkin. kat sini koi bukan nak nak sangat cerita pasal lori tu. tapi sik pemandu lori besar tu. yang tak bertimbang rasa... mungkin hari nie dia buat kat koi sok lusa orang buat kat anak dia baru dia tahu..... takpe la biar la menjadi pengalaman koi sudoh...

p/s: berhati-hati la semasa memandu

Thursday, November 12, 2009

ANAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pada suatau hari sedang sibuk seorang ibu memasak datang si anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
berada didapur untuk menyediakan makan malam lalu si anak menghulurkan sekeping kertas yang
tertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya, yang bunyinya sebegini Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang hampir sama bunyinya.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu – PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata “saya saying Ibu” kemudian si anak mengambil sebatang pen dan menulis “Segalanya Telah dibayar” pada muka surat seterusnya


p/s untuk renungngan kita semua ,,,,

Ada Orang Sayang Awak...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..