Monday, December 7, 2009

tengok yang mana satu lebih pandai.....

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada Kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.

Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar.
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.
Budin: Panggil dia jap! herdik Budin dengan nada yang tinggi.
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni.

p/s kena la pikir betul2 sebelum bertindak....

Thursday, November 19, 2009

minum kopi.....

salam....

disebuah kampung terdapat seoorang tua yang miskin yang ingin minum kopi disebuah kedai makan yang dimiliki oleh seorang gadis yang cantik lagi rupawan. simiskin tadi melihat menu yang ada dikedai pada hari ini. setelah beberapa seketika simiskin memandang pada menu minuman yang tertera harga kopi. didalam kocek simiskin itu hanya terdapat 70 sen sahaja. manakala bagi secawan kopi panas adalah 70 sen dan bagi secawan kopi sejuk adalah rm1.20. dengan itu simiskin hanya mampu minum kopi panas sahaja. lalu simiskin mengankat tangan tanda mahu diambil pesanannya.simiskin berkata" bagi saya kopi panas satu cepat sikit ya" lalu sipemilik kedai pun menganguk-ngangukkan kepalanya tanda paham, dan menanyakan sama ada mahau makan atau tidak dan simiskin menggelang-gelengkan kepalanya menanda kan tidak. sejurus kemudia sampai la kopi atau pesannan simiskin itu. sesampainya kopi panas tu simiskin terus sahaja meneguk kopi tersebut sehingga habis dan lidahnya melepur dan merenggek-renget kesakitan. melihat gelagat itu wanita cantik yang terkejut itu lalu terus menyanyakan kepada simiskin kenapa berbuat sedemikian. lalu dengan nada yang tegas simiskin berkata" GILA KAU NAK TUNGGU KOPI Tu SEJUK KANG MAMPUS AKU KENA BAYAR RM1.20AKU ADA 70 SEN JEW!!!!!!!!" kata simiskin lalu wanita itu menggeleng-geeangkan kepalanya.

p/s ermmm tu la pandai sangat

perjalanan balik ke rentam....

salam...
semasa koi(saya) balik ke kampung baru-baru nie perjalanan dari kelana jaya ke pahang hujan renyai sampai la ke langchang tapi sebenarnya koi bukan la nak cerita pasal perjalan koi tu, tapi kat sini koi nak cerita pasal lori yang dalam perjalan sama nak menghala ke termeloh ikot jalan lama dari karak. dalam hujan yang renyai2 tu koi cuba la nak potong lari tu, tapi lori tu macam tak bagi je koi nak potong koi pulas habis terutal moto koi tu.tapi tak dapat jugak nak potong tak pe la koi biorkan lagi. lama sikit ko cuba potong lagi tapi lori tu memang tak bagi jugak nak potong. ntah macam mana koi potong jugak. lepas dari tu lori tu terus angkat lampu tinggi erm mmg silau la mato koi nie tapi main nagn waktu tu koi bawak la selaju mungkin. kat sini koi bukan nak nak sangat cerita pasal lori tu. tapi sik pemandu lori besar tu. yang tak bertimbang rasa... mungkin hari nie dia buat kat koi sok lusa orang buat kat anak dia baru dia tahu..... takpe la biar la menjadi pengalaman koi sudoh...

p/s: berhati-hati la semasa memandu

Thursday, November 12, 2009

ANAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pada suatau hari sedang sibuk seorang ibu memasak datang si anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
berada didapur untuk menyediakan makan malam lalu si anak menghulurkan sekeping kertas yang
tertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya, yang bunyinya sebegini Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang hampir sama bunyinya.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu – PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata “saya saying Ibu” kemudian si anak mengambil sebatang pen dan menulis “Segalanya Telah dibayar” pada muka surat seterusnya


p/s untuk renungngan kita semua ,,,,

Ada Orang Sayang Awak...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang..... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..

Thursday, November 5, 2009

BUAT SAHABAT-SAHABAT SEMUA.........


Sesekali terasa diri ini dirudung sepi
bagai ada sesuatu menggamit naluri
mengenangkan kembali peristiwa

Kisah suka dan duka detik bersama

Sesekali ia muncul bagaikan didalam mimpi

Yang datang mencuit kembali hati

Perasaan terkilan akan sikap iri

Takbur dan angkuh tanpa simpati

Hati yang selalu memberi

Sesekali ingin menjadi penerima abadi

Walau hanya dengan kata bicara

Ikhlas bersahaja bersulam doa manis didada

Selamat Berjaya sahabat

Kau kini bersayap lebar

Dalam dakap doa penuh debar

Terbanglah kau menggapai seribu impian

Terbanglah engkau menrentas lautan

Seribu pengharapan

Yang penuh dengan gelombang suka duka

Penuh onak duri

Janganlah kau terpengaruh pujukan duniawi

Selamat mengecap cita-cita yang hampir pasti

Menjadi milikmu mengikut acuan mu sendiri

Bawalah ideologimu mengangkat martabat darah bangsa

Merentas langit cita-citamu

Aku disini bersulam doa menantimu

Membawa pulang kejayaan penuh penghargaan

Dalam debar menanti kejayaan mu
Janganlah kau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal selamat jalan selamat berjuang

Ikhlas dari yazid……………..


Wednesday, November 4, 2009

MANA DIA PERGI!!!!!!!!!!!!!

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

MAK AYAH ANAK CIKGU SAMA JEW........

Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.

Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada si Mama.

“Sayang, abang nak lagi, Yang”. Pelawa si Papa disertai nafas ghairah.

“Ya bang… tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?” Jawab si Mama penuh kerinduan.

Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.

“Pit… dah tidur kau pit?.”

“Belum Papa… tengah baca buku.”

“Sudah…esok saja, dah malam, tidur!!!!” Perintah si Papa dengan tegas

Kira kira 10 minit kemudian, si Papa teriak lagi.

“Pit…. dah tidur kau Pit?

“Belum….”

Si Papa mengemaskan ikatan kain pelikat lalu keluar memarahi dan memukul si Apit.

“Disuruh tidur….tidurlah! !!” sehingga kening siApit benjol.

Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang benjol di keningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit

“Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja….ya.”

“Ya….cikgu” . jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya.

“Sayang, apa kata kita ke syurga lagi.”

“Ya bang…..tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum”

“Pit…..dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.

“Apit….dah tidur kau Pit?” ulang Papanya.

Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita.

Si Apit ketakutan setengah mati, tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya.

Terjadilah ‘pertarungan’ antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.

Tak lama kemudian Apit terdengar suara Papanya..

“Yang…abang nak keluar ni”, termengah²

“Ya Bang .. kita keluar sama-sama”, dia dengar suara Mamanya menjawab.

Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak sekuat hati;

“Apit nak ikutt.. Apit nak ikuuttt”

Esoknya….Apit BENJOL lagi …….

LAWAK ANTARABANGSAT..........

Lawak 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala… releks le, aku ni kan anjing laut.”

Lawak 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?” “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,”Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Lawak 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.”
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”
“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu…

KISAH HAJI 2X5.......

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang barang dapur habis.

Kamal betul – betul menghabiskan borehhh… Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari.

Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak
mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… Suatu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji… ” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… . agak-agaklaa… ” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni … mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa… Mereka bermain set kedua…

Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena… .

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah… Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa…

p/s: hehhe sekadar hiburan..

SEPANG OH SEPANG..........



nie gambar aku tgh kerja,,,




tu gambar masa diaorang tgh press conference


ERMMMMMMMMM.......
pada 30 haribulan /10/09 seperti biasa aku bangun dari tidur
lepak jup n tetiba dengar member nak g sepang kerja parttime aku tak la kesah sangat yang menariknya aku dengar dia tak cukup orang aku pun ape lagi ambik la peluang tu ingat nak buat duit....
aku bagi tahu aku pun nak ikot dia... dia pun tanya kawan dia macam mana and than kawan dia kata boleh tapi kena sampai sepang dalam masa setengah jam aku pun bersiap.... ape lagi dah lambat pencut la dengan lajunya, ermmmmmmm
nak kata laju tak jugak moto krisssss tapi dah bikin hihiihiih.... dalam kul 9:35 sampai sepang,,,,,,
entah macam mana lepas ke pekan sepang telajak la pulak.....
pastu patah balik kemudian masuk kedalam kawasan pelumbaan.... tapi bukan tempat race tu kat depan je la.....
ermmmm sesampainya ku disana terus kena tukar baju n buat kerja la katering untuk vvip.....
ermmmmm menarik jugak,,,,,,
majlis tu sebanarnya untuk pemilihan pelumba F1 malaysia,,,,,,,
waktu tu wakil media ramai gler.. nak ambik gambar entahhhhhhh sapa namanya yang aku tahu, tapi dia orang besar air asia n aku nampak alex yong ermmm...... biasa ja orang nya... kat sini aku ade sediakan gambarnya sekali gambar aku tgh kerja pun ade poyo jew la tgk orang besar agaknya hahahahaha..... tu pun aku ambil curi2 maklum la tgh kerja,,,

Monday, November 2, 2009

KATA KATA CINTA



TIADA GUNANYA SANJUNGAN

MENCAPAI AWAN

MELAYAR LAMUNAN

BISA MELENAKAN

TIADA GUNANYA PENGHARGAAN

MENDAKAP BINTANG

SEINDAH SEMALAM

AMAT MENYAKITKAN

YANG KUTAHU

AKU DI PERSINGGAHAN

YANG KUTAHU

AKU DIPERANTAUAN

DIBELENGGU PILU

SENDIRI TERMANGU

KARAM SUDAH

CINTA SELUAS LAUTAN

HILANG LENYAP

KASIH DALAM PENGABDIAN

LEBUR IKATAN INSAN PUJAAN

JADI RINDUAN

TIBA MASANYA

KITA PASTI DITEMUKAN

TIBANYA WAKTUNYA

KITA PASTI BERSAMA

SALING MENGANAL

ERTINYA CINTA

JALINAN KALBU

TIADA GUNANYA SANJUNGAN

MENCAPAI AWAN

MELAYAR LAMUNAN

BISA MELENAKAN…….

Tuesday, October 27, 2009

CINTA YANG INDAH



ERMMMMMM.......
CERITA PASAL CINTA memang menarik kerana cinta itu indah.......
tapi sejauhmanakah cinta INI DAPAT MEMBAWA KITA KEPADA KEBAIKAN
JIKA KITA cinta pada seseorang APAKAH ADAKAH CINTA ITU KEKAL ABADI??????
ermmmmmmmm mungkin kata ini dapat menguraikan ape yang saya maksudkan mungkin betul mungkin tidak ini dari pandangan saya,,,,,,,,

JIKA KITA CINTA PADA BUNGA IA AKAN LAYU.....
JIKA KIA CINTA KEPADA BARANG MUNGKIN IA AKAN HILANG DARI PANDANGAN
JIKA KITA CINTA PADA SESEORANG IA AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA,,,,,,,,,,,,
JIKA KITA CINTA PADA ALLAH IA AKAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.......



jika anda ada sebarang pandanga atau sebarang komen boleh la terus comment didalam blog ini atau terus e-mail kan di alamat ini.... klip disini

KELEBIHAN ORANG YANG BERZIKIR KEPADA ALLAH




Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya kaum fakir dari golongan para sahabat Muhajirin mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu berkata: "Orang-orang yang memiliki harta banyak itu sama pergi -yakni meninggal dunia - dengan membawa derajat yang tinggi-tinggi dan kenikmatan yang kekal. Sebabnya ialah karena mereka bersembahyang sebagaimana kita bersembahyang, mereka ber-puasa sebagaimana kita berpuasa, lagi mereka mempunyai ke-lebihan dari harta-harta mereka dan dapat mereka gunakan untuk beribadat haji, berumrah, berjihad serta bersedekah." Beliau s.a.w. lalu bersabda:"Tidakkah engkau semua suka kalau saya ajarkan kepadamu semua sesuatu yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang telah mendahuluimu dan dapat men-dahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorangpun yang lebih utama pahalanya daripadamu semua, selain orang yang mengerjakan sebagaimana yang engkau kerjakan itu?" Mereka menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. bersabda: "Hendaklah engkau semua membaca tasbih, tahmid dan takbir sehabis shalat - wajib -sebanyak tigapuluh tiga kali masing-masing."

Abu Shalih yang meriwayatkan Hadis ini dari Abu Hurairah, ketika ditanya bagaimana cara menyebutkan tasbih, tahmid dan takbir itu, lalu menjawab: "Orang yang berzikir itu supaya me-ngucapkan: "Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar - Maha Suci Allah dan segenap puji bagi Allah dan Allah adalah Maha Besar." Sehingga jumlah semuanya itu ada tigapuluh tiga kali. (Riwayat Bukhari, Muslim)Imam Muslim menambahkan dalam riwayatnya: "Lalu kembalilah kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kepada Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita yakni orang-orang yang berharta sudah sama mendengar apa yang kita kerjakan ini, kemudian merekapun mengerjakan seperti itu pula." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang diberikan kepada orang yang di- kehendaki."

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Rasulullah s.a.w. bersabda :"Barangsiapa yang membaca Subhanallah sehabis tiap bersembahyang - wajib - sebanyak tigapuluh tiga kali dan membaca Alhamdudillah sebanyak tigapuluh tiga kali dan pula membaca Allahu Akbar sebanyak tigapuluh tiga kali dan untuk menyempurna-kan keseratusnya ia membaca: La iiaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir , maka diampunkanlah untuknya semua kesalahan-kesalahannya,sekalipun banyaknya itu seperti buih lautan." (Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Telah dahululah orang-orang yang menyendiri." Para sahabat bertanya: "Siapakah orang-orang yang menyendiri itu, ya Rasulullah?" Beliau s.a.w. menjawab: "Mereka itu ialah yang sama berzikir kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, baik lelaki ataupun perempuan." (Riwayat Muslim)Maksudnya: Menyendiri dalam ingatnya kepada Allah di waktu orang-orang lain tidak mengingat kepadaNya. Inilah yang lebih dahulu memperoleh keridhaan Allah Ta'ala.

Dari Jabir r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Seutama-utama zikir ialah lafaz La ilaha illallah." (Riwayat Termidzi, Hadis hasan)

Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sukakah engkau semua saya beritahukan akan sesuatu amalan yang dengannya itu engkau semua dapat mencapai pahala orang yang mendahuluimu dan pula dapat mendahului orang yang sesudahmu. Juga tiada seorangpun yang menjadi lebih utama daripadamu semua, melainkan orang yang mengerjakan sebagaimana amalan yang engkau semua lakukan ini?"Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau kemudian bersabda lagi: "Bacalah tasbih - Subhanallah, takbir - Allah Akbar - dan tahmid - Alhamdulillah - setiap selesai bersembahyang sebanyak tigapuluh tiga kali masing-masing." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Selanjutnya kaum fakir dari golongan sahabat Muhajirin itu kembali mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu mereka berkata: "Saudara-saudara kita golongan yang hartawan-hartawan itu telah mendengar mengenai apa yang kita kerjakan ini, oleh sebab itu merekapun mengerjakan sebagai yang kita lakukan itu."Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Yang sedemikian itu adalah keutamaan Allah yang dlkaruniakan oleh Nya kepada siapa saja yang dikehendaki." (Riwayat Muslim)

Monday, October 26, 2009

Tangisan dalam senyuman (naluri seorang umi)



Artikel ini diadaptasi dari sebuah artikel berbentuk teks ucapan yang disampaikan oleh seorang pakar motivasi. Pembentangan artikel ini disampaikan pada Seminar Keluarga Bahagia Anjuran Non-Goverment Organization (NGO) yang saya hadiri pada 2002. Teks artikel ini diolah ke dalam bentuk cerpen agar teknik penyampaian lebih berkesan ke dalam hati kita. Hayatilah cerpen ini bersama-sama.

Ana tidak salahkan Umi. Umi ada sebab berkelakuan begitu.

Umi sayang anak-anak, khususnya Ana. Kalau ditanya, siapakah manusia yang paling Ana sayang, tentu jawapannya Umi. Malah, jauh berkali-kali ganda daripada Walid.

Ana tidak tahu apakah peranan Walid sehingga Ana boleh dilahirkan. Walid keluar pagi dan pulang petang. Ketika Walid sampai di rumah, bajunya berpesuk-pesuk dan lecap dengan peluh.

Walid suruh Umi pasangkan kipas sehingga nombor lima. Sambil bersandar ke kerusi rotan, Walid arahkan Umi membawa air sejuk segelas. Kemudian, Walid pasang hidupkan api rokok, lalu menghisap dalam-dalam dan melepaskan asap ke udara. Berpual-pual wap putih bertebar ke ruang tamu. Walid berehat pulas di kerusi rotan, sedang Umi kembali ke dapur menyambung kerja suri yang bertimbun.

Ketika itu, jangan harap abang dan kakak hendak bermanja dengan Walid. Kalau kena tengking pun sudah bersyukur kerana tangan Walid lebih ringan daripada kain lampin Ana. Ana sendiri pun tidak berani mengacah Walid ketika itu. Lebih baik Ana berondok dalam buaian.

Walid tidak banyak menghabiskan masa dengan Ana. Kalau Umi, Ana sentiasa berada hampir dengannya sepanjang hari melainkan waktu tidur.

Waktu berhempas-pulas keluar dari pintu sempit metah, Ana menangis melihat dunia luas terbentang. Dulu, Ana sangkakan dunia ini hanya sebungkus kulit tipis yang berisi cecair pekat. Cecair ini melindungi seluruh jasad Ana. Ana tiada siapa untuk berbual-bual melainkan Adik.

Oh ya. Dalam dunia sempit itu, Ana ada Adik. Sebenarnya Ana tidak tahu namanya. Begitu juga Adik tidak tahu nama Ana. Malahan, Kami sendiri tidak tahu nama masing-masing. Entah macam mana, Kami bersepakat; Ana panggil dia Adik, manakala dia pula gelar Ana sebagai Abang.

Kami hanya bergerak-gerak sedikit dalam lingkungan cecair pekat itu. Masing-masing ada tali di perut yang bersambung ke dinding tipis itu. Kami mengagak tali itu tentulah bersambung dengan benda besar yang melindungi Kami. Benda besar itu, Kami gelar Umi. Jangan tanya bagaimana Kami mendapat panggilan itu kerana Kami sendiri tidak tahu. Gelaran itu diendus ke hati Kami sehingga Kami yakin dengan Umi.

Begitulah kehidupan Kami. Lama-kelamaan, Kami berasa sayang akan Umi. Kami yakin Umilah segala-galanya bagi Kami. Tentulah, tanpa Umi tiadalah Kami. Kami yakin suatu hari Kami akan keluar dan berjumpa Umi seperti yakinnya Kami betapa Tuhan yang meniupkan roh Kami. Jangan tanya juga bagaimana Kami ketahui wujudnya Tuhan, kerana keyakinan itu datang secara fitrah. Tentu sukar memahami dunia Kami. Dunia Kami sempit, tetapi misterinya tidak dapat ditemui.

Kami semai keyakinan itu betapa setelah Kami bersua wajah dengan Umi, kasih sayang kami makin bercambah dan subur. Adiklah paling kerap mengangan-angankan pertemuan itu.

Hinggalah suatu hari, Kami dengar suara gamat di luar. Ada dua suara, satu milik Umi, manakala yang gasang dan kasar entah milik siapa. Suara Umi juga tinggi tetapi Kami dapat rasakan hati Umi sebak. Kami berkongsi perasaan dengan Umi. Malah, Ana, Adik dan Umi seperti satu.

Halai-balai di luar berlangsung lama. Tiba-tiba, dunia Kami dihentam, gasang dan kuat. Dunia Kami lindu. Cecair pekat berkucah. Umi menjerit kesakitan. Adik bungkam. Ana rasa Adik cuak dengan bising dan hentaman tadi.

Sejak itu, Adik tidak pernah bercakap lagi. Apa jua Ana pujuk, Adik tidak pernah membalasnya.

Masa berlalu, tetapi tidaklah terlalu lama. Sehinggalah suasana sepi berubah. Ana fikir dunia Kami akan dihentam sekali lagi. Ana berdoa, moga-moga Adik akan bercakap semula selepas ini.

Kali ini lebih aneh. Kedudukan Ana berpusing ke bawah. Cecair sekeliling berkucah lagi, tetapi semakin berkurang. Dunia Kami bocor! Ana melihat ada pintu sempit metah dan Ana terdorong menelusinya. Saat itu tetal dengan kesakitan. Ana terseksa. Tentu Adik yang membisu itu juga terdera. Malah, Umi lebih-lebih lagi menjerit kesakitan.

Usai kesakitan melalui pintu sempit, Ana tergegau metah. Dunia berubah. Dunia Kami luas sebenarnya! Ana pun menangis.

Lama Ana menangis sebelum terkedu. Tahu kenapa? Ana dipeluk dan dicium. Ana memetia manusia baru yang Ana soroti ini. 'Ini Umi!'

Ana gembira bertemu Umi, tetapi Ana sedih kerana Adik tiada bersama-sama. Entah ke mana Adik menghilang. Umi juga tidak pernah menyebut tentang Adik. Cuma Ana rasa ada sesuatu yang disembunyikan Umi. Bukankah Kami berkongsi rasa?

Justeru, Ana tetap menyayangi Umi. Biarpun tanpa Adik, Ana tahu kasih Adik begitu jua.

Antara Ana dan Umi, kehidupan Kami berterusan. Sehingga ke hari ini, Ana tetap menghirup kehidupan melalui Umi. Ana tetap menyusu dari sumur Umi biarpun Ana sudah mula mengemam makanan lembut yang Umi suapkan.

Walid? Seperti yang Ana katakan, kehidupan Kami terlalu nadir. Walid hadir di sisi hanyalah apabila malam menjelma. Itupun boleh dibilang jari kerana Walid segera keluar dari rumah dan pulang kembali apabila ayam jantan mula berkokok. Ibulah yang terpaksa terpisat-pisat membuka pintu dan menerima herdikan Walid.

Ana mengerti hati Umi didera. Biarpun, Umi sering tersenyum dan memanjai Ana, hatinya tercalar panjang dan dalam. Hati Ana dijentik pedih merasai galur luka yang lama terukir. Hanya Ana tidak dapat menyatakan perasaan itu kerana Ana tidak upaya berbicara bahasa Umi.

Kalaulah ada Adik, tentu hati Adik berlarah luka. Bukankah Ana, Adik dan Umi berkongsi rasa sejak dunia sempit dulu. Walid datang kemudian, tetapi dengan wajah guram dan derita.

Malah, pernah terlintas dalam hati Ana, Walid ada kaitan dengan peristiwa yang meragut suara Adik. Diam-diam, Ana menjalur dendam. Adik hilang suara kerana Walid. Adik ghaib dalam hayat Ana kerana Walid.

Paling utama, Umi tidak pernah selesa dengan kewujudan Walid dalam dunia Kami. Umi merentan hati dengan Walid.

Umi didera perlakuan Walid. Tangan Walid lebih ringan daripada kain lampin Ana, tetapi tamparan yang singgah ke wajah redup Umi tentu seperti waja. Bahkan Walid pernah menendang Umi kerana lambat membuka pintu. Umi terhunyung hayang dihentam kaki Walid. Hati Anab ergegar. Pantas Ana terlintas peristiwa kehilangan Adik.

Tentulah perlakuan Walid menggigit jiwa Umi. Tetapi hati Ana merisik, masih ada sebab lain membibit dendam Umi. Gasang lebih besar daripada tamparan dan terajang Walid sehingga Umi mengendus dendam dalam diam. Dendam Umi seperti api menjalar dalam sunyi sekam.

Sewaktu malam, ketika Ana terkebil-kebil di katil kecil dan Umi berbaring di ranjangnya, sering Ana terdengar tangisan Umi menggigil dalam gelita. Esak Umi tertahan-tahan menggeletar dalam dingin. Barangkali Umi tidak mahu mengejutkan Ana.

Dalam tangisan itu, Umi menyebut nama Ana. Sering pula dirangkai dengan nama lain yang hampir serupa nama Ana. Telinga Ana digigit nama Walid dilontar Umi dengan pedih. Sejak itu, Ana meyakini ada dendam semakin menanah dalam hati Umi.

Sayang Ana bersama Umi. Dendam menjalar kepada Walid.

Justeru, apa jua perilaku Umi, Ana tetap menyayanginya. Hati Ana memahami dendam marak dalam sunyi itulah musabab peristiwa ini. Peristiwa mengejut metah. Malah, lebih penting membongkar dendam Umi yang terlipat dalam senyuman tipis di bibirnya.

Tegar, Ana tetap memaafkan Umi.

Di luar rumah, udara berbahang. Matahari terik menggigit manusia. Entah mengapa cuaca hari ini berapi. Hari-hari sebelum ini juga panas tetapi tidak memuncak seperti hari ini. Seperti dendam Umi yang sebelum ini membakar perlahan-lahan, cuma marak pada hari ini.

Di dalam rumah, udara berkuam. Sungguh Ana tidak selesa di dalam buaian. Mujurlah Ana tidak berbaju. Peluh membasahi seluruh badan Ana. Lampin lencun. Ana mula menangis.

Walid sudah lama keluar. Pagi-pagi lagi selepas bertengkar dengan Umi. Kali pertama dalam hidup, Ana mendengar Umi meminta cerai. Ana sendiri tidak mengetahui maknanya. Hanya Ana mengerti bahawa Umi mahu Walid pergi daripada kehidupan Kami. Atau pun barangkali yang lebih tepat, Umi meninggalkan Walid.

Walid meradang. Pasti, radang itu hadir bersama kaki dan tangannya. Umi seperti hilang ingatan. Walid semakin gasang. Suasana semakin panas meskipun fajar baru usai dan matahari mula bergeliat di dada langit.

Dendam Umi meletup. Ana mula mengetahui tentang hentaman yang memisahkan Ana dengan Adik dalam dunia kecil Kami dulu. Umi membongkar dendam itu.

"Kau pembunuh anakku!"

Hati Ana bergegar. Ana menangis. Jasad Adik hadir di mata Ana. Wajah suram Umi menggilir pula datang. Wajah redup menyimpan dendam sekian lama yang terguris di hati. Wajah Walid, gasang menerpa serentak hentaman peristiwa silam yang meragut suara Adik daripada hidup Ana di dunia kecil dan jasad Adik di dunia luas ini.

Benar, terajang Walid meragut Adik. Walid tidak menyedari kerana emosi Walid memuncak panas. Umi tidak merasai kehilangan Adik kerana Ana masih bergerak-gerak dalam dunia sempit itu.

Setelah puas memukul Umi, Walid pun keluar dari rumah.
Ummi berteriak, "Pergilah ke rumah betina itu! Berambus dari kehidupan aku!"

Sungguh, itulah kali pertama Ana mendengar suara Umi segasang itu. Umi tidak pernah menaikkan suara, biarpun Walid menaikkan tangan. Umi tidak pernah sekasar itu, biarpun Walid menggasang jasad Umi.

Setelah Walid hilang dari pandangan, Umi menyendiri di kamar. Abang dan kakak yang terkejut dengan pertengkaran seawal pagi itu berpelukan sesama sendiri di tepi buaian Ana. Ana menangisi pemergian Adik dan bingung dengan perubahan Umi. Rumah Kami jauh dari jiran untuk mereka merasai bahang pada pagi itu.

Suasana sepi sekian lama. Matahari semakin memanjat langit. Ana hampir terlelap dalam kelaparan dan kebasahan. Sejak pagi, belum ada sesuatu pun masuk ke dalam perut Ana. Umi terlalu sibuk dengan kesendiriannya dalam kamar. Abang dan kakak masih kebingungan di tepi buaian Ana. Seperti yang Ana katakan, cuaca hari ini panas metah.

Hanya kemudian, Kami dikejutkan suara Umi menjerit-jerit dalam kamar. Bunyi halai-balai dari kamar Umi. Abang dan kakak terkejut. Saya juga tergegau metah. Umi keluar dari kamar dan terus ke dapur dalam pakaian tidak terurus.

Abang dan kakak ketakutan berlari ke luar. Ana? Tentulah dalam keadaan merangkak hanya berondok dalam buaian. Malah, andai Ana boleh berlari sekali pun, Ana tidak akan berlari kerana bukankah Kami berkongsi rasa?

Umi muncul di depan Ana dengan pisau di tangan. Umi mengenjut buaian perlahan. Umi menyanyi. Nyanyian Umi perlahan tetapi menggetis hati. Lagu Umi duka, tersirat dendam yang terkumpul. Ana tidak mengerti apa yang berlaku pada Umi.

Umi seperti bukan Umi lagi. Umi seperti manusia asing yang jauh dari Ana. Umi bukan seperti yang Ana kenali atau seperti yang Adik angan-angankan dalam dunia sempit dulu.

Umi berwajah aneh. Tangan Umi menggeletar dan pisau mengigil. Umi melutut, menyorot wajah Ana. Aduh, sinar mata Umi seperti matahari di luar, tajam menggigit pandangan.

Panas semakin berkuam dalam rumah. Ana mencari-cari hati Umi. Barangkali hati Umi wajib diendus sayang Ana. Cuma, Ana tidak menemui letak hati Umi sekarang. Benarlah, Umi bukan seperti Umi lagi.

"Walidmu yang memisahkan adikmu. Maafkan Umi kerana tidak menyedari kehilangan kembarmu melainkan setelah diberitahu doktor. Bidan yang menyambut kelahiranmu terpaksa merujuk Umi ke hospital. Mereka membedah Umi dan mengeluarkan adikmu. Tuhan, Walidmu pembunuh anak sendiri."

Hati Ana sayu. Adik diam bukan kerana kehilangan suara. Adik membisu kerana Adik sudah tiada bersama-sama Ana. Sekian lama Ana memujuk jasad tanpa roh. Ana kehilangan Adik lebih awal daripada Ana menyedari kehilangannya.

Umi kembali menyanyi. Pedih sekali lagu Umi. Luka di hati semakin terkuak.

"Marilah sayang. Marilah kita bertemu adikmu. Biar kita bertiga sama-sama menyanyi di dunia lain. Kita bertiga di dunia sempit tetapi selesa berbanding dunia sekarang yang luas tapi penuh derita. Mahu sayang?"

Ana pun menangis. Ana tidak tahu musababnya. Barangkali ingatan terhadap Adik. Barangkali juga melihat Umi tidak seperti Umi lagi. Tidak mustahil kerana dendam Umi dan Ana. Semuanya berkumpul, seperti Ana, Adik dan Umi bersatu.

"Biarlah kita bertiga, Ikbal, Ikmal dan Umi...."

Ketika itu, Ana berasa pedih di leher. Dendamkah itu yang mengguris Ana? Dunia luas itu semakin kelam dan sempit. Hitam. Gelita.

Balam-balam, Ana melihat Adik. Adik tersenyum. Adik sudah sebesar Ana. Adik peluk Ana. Di hati, Adik berbisik, 'Baliklah Abang. Lain kali kita jumpa lagi. Adik sayang Abang. Adik sayang Umi."

Adik pun hilang. Ana buka mata. Dunia terang kembali. Putih. Cerah. Walid ada di sisi. Walid menangis. Kakak dan abang juga. Tetapi Umi tiada. Ke mana Umi?

Kata orang, Umi gila meroyan. Ana tidak tahu apa itu meroyan. Suatu hari nanti mungkin Ana akan tahu. Orang kata lagi, Umi sudah ada tanda-tanda itu selepas melahirkan Ana dan kembar Ana meninggal dalam kandungan. Umi tidak dapat menerima takdir kehilangan Adik.

Umi pendam perasaan. Walid tidak menyedari emosi Umi terluka, malah tindakan Walid menambah parah luka Umi. Sehinggalah suatu hari, luka itu menguak dan darah menyerbu keluar. Umi mengamuk!

Jiran yang jauh bersyukur kerana abang dan kakak menangis meluru ke rumah mereka. Mereka bergegas ke rumah dan mendapati Umi cuba mengelar leher Ana. Mereka dapat selamatkan Ana daripada menjadi mangsa amuk Umi.

Orang bercakap-cakap. Mereka tidak sedar Ana memahaminya. Mereka musykil mengapa Umi yang penyayang bertindak sebegitu. Hanya Ana yang berkongsi rasa, mengetahui kisah sebenar ini.

Kini, Umi tidak seperti Umi lagi. Dan Walid, tidak seperti Walid dulu lagi. Walid sudah insaf. Setiap malam, sewaktu menguliti Ana, Walid meluahkan kesalnya.

"Ikbal, Umimu tidak bersalah. Walid yang bersalah. Jangan berdendam kepada Umimu, ya sayang! Moga-moga Umimu di hospital akan pulih suatu hari nanti."

Ana tidak pernah berdendam dengan Walid dan Umi. Ana juga belajar memaafkan Walid yang mahu menjadi Walid yang baik.

Ana tidak salahkan Umi. Ana sayang Umi, meskipun Umi sudah jauh dan tidak mengenali anak-anaknya lagi. Sayang Ana kepada Umi seperti kepada Adik. Meskipun, Adik sudah jauh dan Umi dikurung di hospital, Ana, Adik dan Umi seperti satu.

Benarlah, Kami berkongsi perasaan. Hanya Kami mengetahui.